![]() |
| sumber : pakcik google |
A. Suami Teladan ialah: - Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan,ia akan menyatakan kepada isterinya. - Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun. - Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya. - Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya. - Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :- 1. Tubuh badan yang sempurna sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin. 2. Akal fikiran yang sempurna 3. Pengetahuan agama yang sempurna 4. Membelanjakan sebahagian hartaB. Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri 1. Penuh kerinduan dan kasih sayang 2. Mencintai 3. Gagah dan berakhlak mulia 4. Kaya dan bijaksana 5. Memberikan cahaya kehidupan 6. Menegakkan kebenaran 7. Mulia di sisi AllahC. Ciri-ciri Suami Teladan - suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah - suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah - suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya. 1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah: a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan. b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya d. Menjaga hati dan perasaan isteri e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri. h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka. i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin. j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan. k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa. l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya. m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka. n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu: a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai. b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan. c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa. d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat. e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah. f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek. g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim. h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga. i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam. j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan. k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.D. Suami yang penuh sentuhan kasih Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :- 1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri,Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu: a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama. d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak. f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri. E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga 1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna 2. Memberi nafkah kepada isteri 3. Menggaulinya dengan baik a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira. d. Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia. e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya. f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya. g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum. h. Melindungi isteri dari api neraka. 4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan, Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat : - berani dan gagah perkasa manakala wanita bersifat : - lemah lembut Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing. 5. Membimbing isteri Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya: a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya. b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya. c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain. Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti : 1. Janganlah suami dan ister marah pada masa yang sama. 2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain 3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang. 4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap 5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu 6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada 7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan 8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari. 9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf. 10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang 6. Membimbing anak Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan
|









0 komentar:
Posting Komentar