Senin, 08 Agustus 2011

Manisnya Menjadi Gadis


Gadis adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak perempuan ke alam dewasa wanita.  Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, emosi dan psikologi yang boleh menimbulkan tanda tanya mengapa perubahan ini berlaku dan apakah rahsia di sebaliknya.
Kebanyakan gadis merasa takut dan tertekan dengan perubahan yang mendadak dan ada yang berjaya mengatasi alam gadis dengan baiknya.
Setiap wanita pasti melalui zaman peralihan ini dengan kadar yang berbeza.  Penyesuaian kepada perubahan semasa alam gadis sepatutnya lebih menyakinkan sekiranya kita mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku kepada kita.
Marilah kita meneroka alam peralihan ini agar ia lebih menyakinkan.

Manisnya Menjadi Gadis

Semasa alam kanak-kanak tiada bayak perbezaan anatara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.  Menjelang usia baligh, perbezaan fizikal dan psikososial antara gadis dan teruna menjadi ketara.  Perubahan-perubahan yang berlaku adalah dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron yang membentuk ciri-ciri fizikal dan psikologikal seseorang gadis.

SEMASA MEMBESAR, SAYA BERUBAH

Hormon progesteron juga berperanan membentuk ciri-ciri seksual sekunder gadis.  Memahami perubahan-perubahan yang berlaku akan membantu kita menghargai alam gadis.

Perubahan fizikal

Semasa menajlani alam gadis, semua wanita akan mengalami perubahan fizikal yang berbeza mengikut peringkat umur.
9 – 10 tahun
·         Puting payudara mula ketara
·       Tulang punggung mula melebar.  Lemak akan tersimpan di bahagian punggung dan peha
·         Ini memberikan ciri-ciri kewanitaan
10 – 11 tahun
·         Saiz puting payudara mula membesar
·         Bulu ari-ari mula tumbuh
11 – 13 tahun
·         Bulatan areolar payudara semakin membesar
·         Organ reproduktif bertambah matang dan menjadi nyata
13 – 15 tahun
·         Bulu ari-ari menjadi lebat
·         Bulu mula tumbuh di bawah ketiak
·         Kadatangan haid
16 – 18 tahun
·         Gadis akan mencapai ketinggian maksima
·     Pada usia ini kesemua perubahan ciri seksual sekunder menghampiri saiz wanita dewasa
Menerima perubahan baru akan membantu gadis mengingkatkan keyakinan dan ketrampilan diri.

Kenali Payudara Anda


·         Duktus mamari
·         Puting payudara
·         Areolar
·         Kelenjar mamari
Pada zaman kanak-kanak, payudara kanak-kanak perempuan tidak ketara.  Menjelang alam gadis, payudara mula membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progestron sehingga mencapai saiz dewasa ketika akhir alam gadis.
Selapas ini saiz payudara tidak akan berubah melainkan apabila seorang wanita mengandung atau menyusu bayi.

Kenali Payudara Anda

Kemusykilan gadis mengenali payudara
Ada gadis yang mempunyai payudara yang lebih kecil atau besar berbanding dengan rakan sebanyanya.  Perkara ini adalah normal kerana bentuk dan saiz payudara seseorang gadis banyak dipengaruhi oleh faktor hormon, keturunan dan genetik seseorang itu.
Selain dari itu, ada juga gadis akan mendapati saiz antara payudara kiri dan kanannya berbeza.  Jangan bimbang, ini juga satu keadaan yang normal.
Payudara tetap dapat melaksanakan fungsi keibuannya tanpa mengira saiz atau bentuknya.
Kenali Payudara Anda
Penjagaan Payudara
MENGGUNAKAN ANAK BAJU ATAU COLI
Gadis perlu memakai anak baju atau coli remaja mengikut saiz payudara.  Anak baju atau coli remaja memberi perlindungan dan mengampu payudara yang semakin membesar.

PETUA MEMILIH ANAK BAJU ATAU COLI REMAJA

Pilih anak baju atau coli yang sesuai dengan saiz payudara.  Coli yang terlalu ketat akan mencengkam payudara manakala coli yang terlalu besar pula tidak akan memberikan sokongan.  Pilihlah coli yang diperbuat dari kain kapas atau kain yang lembut agar dapat menyerap peluh.

Kenali Payaudara Anda

Tanda-tanda coli yang sempit dan kecil
·         Tidak selesa ketika memakai
·         Tali coli terbenam dan meningggalkan kesan pada bahu
·         Sebahagian payudara tidak diliputi oleh coli dan coli meregang
Tanda-tanda coli yang terlalu besar
·         Coli mengelunsur ke atas dan ke bawah (longgar)
·         Sempedan lengkok coli tidak lurus (lengkok/`cup’ coli besar)
·         Bahagian tepi coli longgar dan mengelebih

Kenali Payudara Anda

Kaedah menentukan saiz coli yang sesuai

LANGKAH PERTAMA

Ukur bahagian bawah payudara dari tengah dada hingga ke bahagian tengah tulang belakang dalam inci.  Ukuran ini didarab dua dan tambah dengan lima.  Namakan ukuran ini A, iaitu saiz coli anda.
CONTOHNYA:
Ukuran ialah 14 inci
A = (14 x 2) + 5 = 34

LANGKAH KEDUA

Selain dari saiz coli, saiz lengkok coli (cip saiz) perlu diambil kira dalam pemilihan coli yang sesuai.  Panduan berikut boleh membantu anda.  Ukur tengah dada melalui puting payudara hingga ke tengah belakang dalam ukuran inci.  Darab ukuran ini dengan dua.  Namakan ukuran ini B.
CONTOHNYA:
Ukuran ialah 17.5 inci
B = (17.5 x 2) = 35
Kenali Payudara Anda

PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA UKURAN (B – A)
LENGKOK COLI
-1
AA
0
A
1
B
2
C
3
D
4
DD dan seterusnya

DENGAN MENGAMBIL CONTOH DI ATAS:
UKURAN IALAH 24 INCI
MERUJUK KEPADA JADUAL
UKURAN B IALAH 35 INCI
DI ATAS SAIZ LENGKOK COLI IALAH B
PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA
SAIZ COLI ANDA IALAH 34B
UKURAN IALAH (B – A) IAITU 35 – 34 = 1


Pemilihan saiz dan jenis kain coli yang bersesuaian akan menyokong payudara anda.
Kenali Payudara Anda
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) adalah kaedah bagi mengesan ketumbuhan yang terdapat pada payudara.  Walaupun kanser secara umumnya terjadi di kalangan wanita berusia melebihi 40 tahun, terdapat juga ketumbuhan yang dikesan pada usia gadis.
KAEDAH PSP PERLU DILAKUKAN?
PSP perlu dilakukan pada hari ke 10 dari hari pertama haid anda pada tiap-tiap bulan.  Contohnya, anda mengalami haid pada tanggal 1 haribulan, lakukan PSP pada 10 haribulan bulan tersebut.
CARA-CARA MELAKUKAN PSP
Bagi gadis yang mempunyai payudara bersaiz kesil PSP boleh dilakukan secara berdiri.  Kaedah berbaring adalah lebih sesuai bagi gadis yang mempunyai payudara bersaiz besar.
LANGKAH PERTAMA
Berdiri di hadapan cermin dan perhatikan samada terdapat keluarbiasaan pada payudara anda.  Setelah itu ikutilah panduan di muka sebelah untuk kaedah berdiri dan kaedah berbaring.
                        Jadikan PSP sebahagian dari amalan hidup anda.
Kenali Payudara Anda
a.            PSP : Melihat perubahan di hadapan cermin
Melihat perubahan saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua putting payudara di hadapan cermin.
KEDUDUKAN 1
Tanggalkan pakaian pada paras pinggang dan lihat diri anda di hadapan cermin
KEDUDUKAN 2
Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala.  Periksa payudara dari pelbagai sudut.
KEDUDUKAN 3
Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan disisi.  Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.
KEDUDUKAN 4
Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.  Perhatikan sebarang perubahan pada payudara.
b.            PSP:  Langkah demi langah
LANGKAH 1 – PERSEDIAAN
1.            Mulakan pemeriksaan dengan payudara kanan.
2.            Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.
3.        Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa.
4.            Letakkan tangan kanan di bawah kepala.
5.            Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.
6.            Gunakan tapak jari-jari untuk memeriksa sebarang benjolan atau penebalan.
7.       Periksa payudara dengan menggunakan Kaedah Urutan-Menegak (Vertical Strip) dan Kaedah Pusingan (circular).
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 komentar:

Posting Komentar