Jumat, 19 April 2013

Perbaiki kesilapan ketika di ranjang


Ramai pasangan suami isteri yang menyalahkan pasangannya bila aktiviti seks semakin hilang kehangatan. Si suami menyalahkan isteri dan si isteri pula sibuk menyenaraikan kesilapan suami.

Sebenarnya tidak harus menunding jari menuduh siapa yang silap kerana anda berdua mungkin sama-sama melakukan kesilapan hingga menjejaskan hubungan intim.

Berikut beberapa kesalahan yang mungkin dilakukan anda dan pasangan anda. Selain itu disertakan sekali cara untuk anda memperbaiki keadaan tersebut, semoga berjaya :

1~ Mengabaikan bahagian sensitif.
Ramai antara pasangan yang hanya memfokuskan hubungan intim kepada orgasma semata-mata hingga mengabaikan perkara penting yang lain seperti sentuhan dan usapan dibahagian sensitif.

Sedangkan sentuhan dibahagian ini memainkan peranan penting dalam mencapai orgasme. Jadi selepas ini apa kata anda sebagai suami ataupun isteri meneliti tubuh pasangan masing-masing.

Mulalah mengenali bahagian sensitif pasangan. Penjelajahan ke bahagian ini sebenarnya sesuatu yang menyeronokkan. Sekiranya pasangan masih gagal menemukannya apa kata bantu saja suami ataupun isteri. Tarik saja tangannya ke bahagian yang anda suka untuk dibelai atau disentuh.

2~ Menolak idea baru.
Baik isteri mahupun suami ada kalanya menolak mentah-mentah idea baru dalam acara seks dari pasangan masing-masing. Permintaan dari pasangan yang mengajak anda berasmara dengan cara yang sedikit berbeza mungkin dianggap satu yang pelik dan tak dapat diterima akal.

Akibatnya pasangan mungkin berkecil hati hingga dingin terhadap seks ataupun lebih buruk lagi terus menolak hubungan intim. Kalau inilah kesalahan yang anda lakukan, sebaiknya kompromi dengan pasangan cara hubungan intim yang sihat.

Tapi sebenarnya selagi permintaan seks yang diminta oleh pasangan itu tidak bercanggah dengan agama dan juga tidak menyakitkan anda, apa salahnya anda tunaikan saja permintaannya.

3~ Hanya menunggu.
Ada pasangan yang cukup pasif dalam hubungan intim. Mereka akan menunggu signal dari pasangan sebelum berani memulakannya acara seks. Sebabnya, tak mahu dikatakan sebagai pasangan yang rakus.

Tahukah anda inilah kesalahan yang cukup lazim dilakukan pihak isteri. Tiada salahnya sekiranya anda mengambil inisiatif memberi signal pertama kepada suami daripada terus menunggu dan menunggu lagi. Anda mungkin terlepas pandang signal dari suami hingga anda sendiri yang makan hati.

Selepas ini apa kata buangkan sikap pasif tersebut dan biarkan diri anda memulakannya. Perubahan sikap anda dari pasif menjadi aktif sebenarnya bakal membuatkan ghairah suami makin membara.

Tiada yang salahnya anda menarik suami ke bilik tidur ataupun mempamerkan susuk tubuh anda yang seksi kepadanya sebagai daya penarik untuk seks. Inilah sebenarnya yang membuatkan hubungan intim anda makin panas.

4~ Masih malu.
Walaupun sudah lama berumah tangga namun ada pasangan yang masih lagi bersikap malu. Bukan malu untuk melakukan hubungan intim tetapi malu dengan bentuk tubuhnya dilihat oleh suami.

Wanita terutamanya sering kali berasa malu dengan bentuk tubuh mereka yang kurang sempurna. Perut yang buncit, tubuh yang gemuk mahupun paha yang besar kalau boleh tidak perlu dilihat oleh suami. Ada pula yang lebih sanggup meletakkan peraturan seperti melakukan hubungan intim mestilah dilakukan ditempat gelap supaya semua kekurangan tidak dapat dilihat.

Malah dalam kes yang lebih serius ada sanggup menolak seks kerana malu dengan tubuhnya sendiri dan bimbang suami jijik melihat keadaan tubuhnya.

Isteri yang menghadapi masalah sebegini perlu belajar melupakan kekurangan tubuh. Tapi dalam pada sama berusahalah untuk memperbaikinya. Bersenam dan kawallah permakanan anda. Suami yang melihat usaha anda ini pasti tahu apa yang membimbangkan anda dan dia sendiri pasti akan membantu mencari jalan penyelesaiannya bersama-sama. Selepas dari itu, sudah tentu hubungan anda dan suami akan jadi lebih intim semula.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 komentar:

Posting Komentar