Rabu, 29 Mei 2013

Masalah Zakar Bengkok


GOLONGAN lelaki sama seperti wanita. Jika wanita terlalu risau mengenai bentuk dan saiz payudara serta keadaan vulva (bahagian luar anggota kelamin wanita) yang mana lebih kecil dan tidak seimbang, lelaki pula selalu runsing mengenai saiz dan keadaan haluan ereksi serta kedudukan buah zakar di mana ia seimbang atau sebaliknya.

Biasanya, pelbagai masalah dialami lelaki. Tidak kurang juga yang mempunyai zakar bengkok, tidak sama besar atau buah zakar tidak seimbang.

Kita sering mendengar mengenai zakar bengkok dan tidak lurus. Dalam masalah ini, mereka yang ada masalah sama seharusnya mendapatkan nasihat doktor.

Zakar yang membengkok sedikit dan tidak terasa sakit apabila diluruskan tidak memudaratkan serta tidak mengganggu hubungan kelamin suami isteri. Namun, jika diluruskan dan berasa sakit, mungkin wujud tisu keras dalam otot zakar.

Jika ia terjadi, anda perlu mendapatkan rawatan doktor. Begitupun, jangan mendapatkan khidmat tukang urut atau tabib kerana jika salah caranya boleh memudaratkan.

Selain itu, ada yang menggunakan alat penarik otot zakar atau ‘penis extension device’ yang dapat membantu meluruskan zakar jika ia digunakan mengikut panduan betul atau atas nasihat doktor yang biasa dengan alat itu.

Namun, jangan guna alat yang tidak disahkan kerana ia memberi keputusan negatif dan kurang memberangsangkan.

Namun, kaedah rawatan dengan ubat seperti VIMAX dan pelbagai minyak seperti minyak lintah, ‘dhab’ atau ikan belacak tidak memberi kesan kerana ia tidak berfungsi sebagai penyelesai masalah.

Hakikatnya, saiz dan bentuk zakar adalah isu kesihatan mutlak bagi lelaki dan ia perlu dirujuk kepada doktor bertauliah. Sekurang-kurangnya dengan berjumpa doktor, anda boleh merujuk kembali jika rawatan diberi kurang berkesan.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 komentar:

Posting Komentar