Selasa, 27 Maret 2012

Keinginan dan kawalan seksual


Apakah keinginan seksual
  • Keinginan seksual merujuk kepada minat seseorang dalam seks
  • Dorongan seksual adalah suatu perasaan dan desakan yang normal
  • Ia mempengaruhi pemikiran, kelakuan dan fantasi
Adakah keinginan seksual itu normal?



  • Perasaan ini adalah normal dan ia adalah sebahagian dari proses pembesaran




  • Setiap individu akan mengalami perasaan ini, ia disebabkan oleh perubahan hormon (Lihat Memahami Remaja)




  • Hormon ini penting untuk fungsi reproduktif dan seksual




  • Bilakah keinginan seksual menjadi tidak sihat?




  • Keinginan seksual yang tidak terkawal dan mendorong ke arah keganasan    seksual (contohnya, rogol)





  • Tarikan seksual terhadap kaum sejenis, kanak-kanak dan haiwan


  • Apakah faktor yang mempengaruhi keinginan seksual?
    Faktor yang bertanggungjawap termasuklah :
    • Dorongan dalaman
    Sebagai seorang remaja yang normal, anda akan mempunyai perasaan dan minat seksual. Anda akan merasai tarikan seksual dan emosi terhadap kaum berlainan jenis, anda terdorong untuk menjalinkan hubungan fizikal.
    • Pendedahan kepada pesanan pesanan lucah
    Pendedahan yang berterusan terhadap maklumat yang akan menaikkan nafsu syahwat dalam bentuk media (contohnya, tayangan, television, majalah, internet dan lain-lain).

    • Situasi persekitaranKurang penyeliaan dan bimbingan dari orang dewasa yang bertanggungjawab.
    Bagaimana saya boleh mengawal keinginan seksual?
    • Berwaspada terhadap ransangan dalaman anda serta persekitaran yang boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.
    • Percaya dan berpegang pada nilai yang ada dalam diri anda.
    • Elakkan diri daripada situasi yang boleh membawa kepada peningkatan nafsu syahwat.
    • Jika keinginan seksual timbul, anda harus :
    • Hormati batasan masing-masing
    • Ketahui batasan anda
    • Belajar cara berkomunikasi dan bertolak ansur. Berani berkata TIDAK
    • Bertanggungjawab dan mengetahui akibat dari tindakan anda (Konsep 3R dan seksualiti)
    • Dapatkan informasi dari sumber yang boleh dipercayai :
    • Ibubapa anda
    • Guru
    • Doktor
    • Guru Agama
    • Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang membina kemahiran. Contohnya :
    • Luahkan perasaan anda dan berkomunikasi dengan ibubapa anda atau orang dewasa yang boleh dipercayai.
    • Melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang sihat. Contohnya: menjadi seorang sukarelawan dalam aktiviti kebajikan :www.befrienders.org.my dan aktiviti agama : www.mccbchs.bobjots.org
    Anda mungkin mendapat informasi yang salah tentang seksualiti di tempat-tempat seperti cybercafe tanpa bimbingan orang dewasa.
    Bersendirian dengan pasangan anda di tempat yang sunyi seperti taman, dalam kereta, bilik, rumah dan tempat-tempat yang lain boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.
    Share this post
    • Share to Facebook
    • Share to Twitter
    • Share to Google+
    • Share to Stumble Upon
    • Share to Evernote
    • Share to Blogger
    • Share to Email
    • Share to Yahoo Messenger
    • More...

    0 komentar:

    Posting Komentar