Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan sosial mereka.
Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin biasanya tidak dirancang.
Siapakah yang berisiko?
Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
Kurang berminat dengan sekolah
Sejarah penderaan fizikal atau seksual
Kurang pengawasan ibu bapa
Apakah kesan-kesannya?
Dari aspek perubatan:
Kehamilan yang tidak diingini
Pengguguran anak yang tidak selamat
Pembuangan bayi
Jangkitan seksual
Dari aspek psikologi dan sosial:
Masalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti)
Mengalami gangguan emosi
Tiada keharmonian keluarga dan sosial
Implikasi undang-undang
Bagaimana untuk mengelakkannya?
Elakkan melakukan hubungan seks
Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.
Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan "Tidak, bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak" walaupun pernah berkata "ya" sebelum ini. Lihat (Ketegasan).
Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin
Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.
Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.
Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.
Apakah implikasi undang-undang yang ada?
Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.
Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai"Statutory rape" .
0 komentar:
Posting Komentar